Aplikasi Baharu Pesaing Twitter, Threads Mungkin Lancar 6 Julai 2023

Pesaing kepada aplikasi Twitter keluaran Meta iaitu Threads, dijangka akan dilancarkan pada 6 Julai 2023, demikian menurut tangkap layar menerusi gedung aplikasi App Store.

aplikasi baharu pesaing twitter, threads mungkin lancar 6 julai 2023

Melihat kepada logo dan simbol yang digunakan, ia adalah sama dengan aplikasi yang terbongkar secara tiba-tiba menerusi Google Play Store, baru-baru ini.

 

Baca: Pesaing Twitter, Thread Kini Terbongkar Secara Tak Sengaja di Google Play Store

 

Pelancaran itu mungkin akan dibuat secara berperingkat, bermula dengan pengguna iPhone terlebih dahulu pada tarikh berkenaan.

pesaing twitter, thread kini terbongkar secara tak sengaja di google play store

Mempunyai fungsi yang sama dengan aplikasi Twitter, Threads bakal menjadi medium peranti baharu untuk komunikasi berasaskan teks, gambar dan video.

pesaing twitter, thread kini terbongkar secara tak sengaja di google play store

Terdahulu, Thread adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Meta sejak Januari lalu, dibawah nama ‘Project 92’. Ia juga disebut sebagai aplikasi 'Barcelona'.

pesaing twitter, thread kini terbongkar secara tak sengaja di google play store

Sumber: The Verge