Program Penuh Teka-Teki Kini Kembali Musim Ke-3, Siapakah Di Sebalik Topeng?

Program yang seringkali mencetus tanda tanya—Siapakah di sebalik topeng? ‘The Masked Singer Malaysia’ kini kembali untuk musim ketiga!

program penuh teka-teki kini kembali musim ke-3, siapakah di sebalik topeng?

Dengan rekaan busana yang hebat serta disulami suara-suara yang mantap, ‘The Masked Singer Malaysia’ pastinya akan menggamatkan suasana dengan showmanship yang tiada bandingan.

 

Musim pertama ‘TMSMY’ sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya. Manakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan.

 

Tampil dengan lebih gah, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.

program penuh teka-teki kini kembali musim ke-3, siapakah di sebalik topeng?

Mereka akan bertanding dan memaparkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri selebriti. Hanya suara sahaja yang akan dipertaruhkan pada masa yang sama membuatkan panel juri meneka dan berdebat siapa dalang di sebalik topeng.

program penuh teka-teki kini kembali musim ke-3, siapakah di sebalik topeng?

‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga ini juga bakal menyaksikan penglibatan seramai lapan orang personaliti yang terdiri daripada pelbagai cabang industri hiburan untuk menduduki kerusi Juri Tetap termasuk tujuh muka baharu. Datuk AC Mizal sekali lagi dipertanggungjawabkan menjadi hos untuk program hebat ini.

program penuh teka-teki kini kembali musim ke-3, siapakah di sebalik topeng?

Bersiaran secara rakaman selama 10 minggu pada setiap Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9 malam di Astro Warna HD, terdapat 15 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish, Lollipop, Bertih Jagung, Zirafah, Abg Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Seperti musim terdahulu, busana-busana ini direka khas oleh Akma Suriati Awang serta mendapat sentuhan istimewa daripada Hatta Dolmat.

 

Siapakah dalang disebalik topeng?