Thailand Kesan Kes Malaria Nousai, Punca Dari Monyet Dalam Hutan

Pihak berkuasa wilayah Ranong, dekat selatan Thailand melaporkan terdapat 41 kes demam malaria Nousai dicatatkan pada minggu lalu.

thailand kesan kes malaria nousai, punca dari monyet dalam hutan

Menurut Pejabat Kesihatan Awam Wilayah Ranong, kebanyakan pesakit yang dijangkiti malaria Nousai itu mempunyai sejarah masuk ke kawasan terpencil dalam hutan.

.

Malaria Nousai berpunca daripada parasit plasmodium knowlesi yang disebarkan oleh monyet kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles betina.

thailand kesan kes malaria nousai, punca dari monyet dalam hutan

Ekoran itu, pegawai di wilayah Songkhla kini sedang mengumpulkan sampel darah daripada kera dan monyet di hutan untuk menguji jangkitan penyakit itu bagi mengurangkan kebimbangan penduduk tentang potensi wabak.

.

Selain itu, wilayah Trat pula melaporkan sebanyak 11 kes malaria Nousai dengan sembilan daripadanya di pulau Koh Chang dan dua di daerah Bor Rai.

.

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit, sejak awal tahun ini wilayah Songkhla telah merekodkan 16 kes malaria Nousai dengan kebanyakan pesakit terlibat dalam aktiviti berburu dalam kawasan terpencil di hutan. Saintis yang menguji nyamuk di kawasan itu bagaimanapn tidak mendapati kesan penyakit tersebut.

.

Penduduk Thailand kini disarankan untuk mengambil langkah pencegahan bagi meminimumkan gigitan nyamuk berbahaya itu.

.

Antara simptom selepas dijangkiti penyakit itu adalah demam, banyak berpeluh, menggigil, sakit kepala, jantung berdegup pantas, loya atau sakit otot.

.

Sumber: [1]