Thailand Tawar Dos Keempat Kepada Penduduk di 10 Wilayah

Kerajaan Thailand dilaporkan menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduk di wilayahnya yan bergantung kepada sektor pelancongan, dalam usaha membuka semula sempadan pada bulan hadapan.

thailand tawar dos keempat kepada penduduk di 10 wilayah

Vaksin jenis AstraZeneca dan Pfizer ditawarkan di sepuluh wilayah kepada penduduk yang telah menerima dos ketiga sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

 

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, ketika ini sudah lebih 800,000 suntikan diberikan, kebanyakkannya diterima oleh pekerja pusat jagaan kesihatan dan mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi.

 

Pada awalnya, mereka merancang hanya untuk memberikan dos keempat kepada kakitangan perubatan dan kumpulan berisiko lain, namun ia dipanjangkan kepada penduduk di 10 wilayah fokus pelancongan iaitu Phuket, Surat Thani, Krabi, Phangnga, Bangkok, Chonburi, Samut Prakan, Nonthaburi, Kanchanaburi dan Pathum Thani.

 

Kementerian negara itu menyasarkan 2.5 juta penduduk di 10 wilayah berkenaan disuntik dos keempat ini, sama ada warganegara Thailand ataupun rakyat asing.

 

Selain Thailand, Chile juga merupakan negara yang telah memberikan dos keempat vaksin COVID-19 kepada penduduknya.

 

Sumber: [1]