Satu Jam Terperangkap Secara Menegak Gara-Gara Roller Coaster Rosak

Sekumpulan pengunjung sebuah taman tema berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap pada ketinggian 50 meter secara menegak ketika menaiki sebuah roller coaster.

satu jam terperangkap secara menegak gara-gara roller coaster rosak

Lebih menakutkan, ruang udara ketika itu mencecah setinggi 37 darjah Celsius apabila permainan yang mereka naiki itu tiba-tiba mengalami kerosakan.

satu jam terperangkap secara menegak gara-gara roller coaster rosak

Dilaporkan permainan Abismo di Parque de Atracciones di Madrid, Sepanyol mengalami masalah teknikal, menyebabkan sepuluh pengunjung taman tema terperangkap pada kejadian yang berlaku Rabu, 3 Ogos lalu.

 

Sebelum kejadian, kesemua mereka sedang menikmati permainan itu dengan kelajuan 104km/j di sepanjang laluan. Namun permainan itu tiba-tiba berhenti semasa dalam keadaan menegak di bahagian puncak.

satu jam terperangkap secara menegak gara-gara roller coaster rosak

Disebabkan perkhidmatan kecemasan yang tidak dibawa masuk, pengunjung terbabit terpaksa berada dalam keadaan itu selama hampir satu jam sebelum diselamatkan.

 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan taman tema itu dibuka seperti biasa pada hari berikutnya.

 

Sumber: Mstar