Teras Bumi Kini Pusing Arah Berlawanan, Saintis Kaitkan Dengan Fenomena Bencana Alam

Beberapa penyelidik mendapati teras Bumi telah berhenti berputar dan kini mulai berputar pada arah berlawanan.

teras bumi kini pusing arah berlawanan, saintis kaitkan dengan fenomena bencana alam

Kejadian ini menurut pengkaji mungkin ada kaitannya dengan beberapa kejadian bencana alam termasuklah gempa bumi yang berlaku.

 

Bagaimanapun, pengkaji berkata putaran teras bumi ini akan kembali normal dan tidak mendatangkan sebarang risiko kepada hidupan di planet ini.

 

Menurut penyelidik, Yi Yang dan Xiaodong Song berkata, terdapat dua punca yang menyebabkan teras bumi kini berputar pada arah berbeza.

 

 “Salah satunya ialah daya elektromagnet. Medan magnet bumi dihasilkan oleh pergerakan bendalir di teras luar. Medan magnet yang bertindak pada teras dalam logam dijangka memacu teras dalam untuk berputar dengan gandingan elektromagnet.

“Seterusnya adalah daya graviti. Mantel dan teras dalam kedua-duanya sangat heterogen, jadi graviti antara struktur mereka cenderung untuk menyeret teras dalam ke kedudukan keseimbangan graviti, yang dipanggil gandingan graviti.

“Jika kedua-dua daya ini tidak seimbang, maka teras dalam akan berputar laju atau bergerak perlahan,” demikian menurut mereka.

 

Kajian dilakukan di makmal School of Earth and Space Science dekat Peking University dan diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience pada Isnin.

 

Multidecadal variation of the Earth's inner-core rotation - Nature Geoscience

Differential rotation of Earth's inner core relative to the mantle is thought to occur under the effects of the geodynamo on core dynamics and gravitational core-mantle coupling. This rotation has been inferred from temporal changes between repeated seismic waves that should traverse the same path through the inner core.

 

Teras bumi yang terletak kira-kira 5,000 kilometer dibawah tanah, mampu untuk berputar pada arah berbeza kerana ia diselaputi dengan cecair pada luarannya. Disebabkan sifatnya ini, saintis sukar untuk memahami sifat dan ciri-ciri teras bumi, meskipun ia memainkan peranan yang sangat penting kepada planet ini.

teras bumi kini pusing arah berlawanan, saintis kaitkan dengan fenomena bencana alam

Sumber: Vice