Tengok Bola dan Layan Konsert, Moh Ler Ke Ipoh 17 & 18 Disember Ini!

ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk hadir memeriahkan ‘ERA SYOKVAGANZA’ dan menikmati pelbagai aktiviti and hiburan menarik di hujung minggu termasuk perlawanan bola sepak, persembahan penyanyi-penyanyi popular tanah air dan tontonan Piala Dunia FIFA 2022, pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 5 petang hingga 12 tengah malam di Stadium Perak, Kompleks Sukan Ipoh, Perak. 

tengok bola dan layan konsert, jom ke ipoh 17 & 18 disember ini!

Semua boleh menyaksikan perlawanan bola sepak yang akan diadakan pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 5 petang, di Stadium Ipoh, Perak. Perlawanan bola sepak menampilkan ERAvengers FC yang diwakili Nabil, Radin dan Azad (3 Pagi ERA), Ray dan Haniff (101 ERA), Fazziq (Daebak ERA), bersama selebriti-selebriti tempatan termasuk kumpulan Akim and the Majistret, Insomniacks, Tomok, Black, serta kumpulan bola sepak amatur, Team Challo. Kesemua mereka akan menentang pemain-pemain bola sepak dari Perak FC dan Majlis Bandaraya Ipoh. Tiket perlawanan bola sepak boleh didapati di kaunter Stadium Perak, Ipoh.

tengok bola dan layan konsert, jom ke ipoh 17 & 18 disember ini!

Pengunjung di ‘ERA SYOKVAGNZA’ juga boleh berhibur dengan persembahan-persembahan hebat daripada penyanyi-penyanyi popular tempatan, pada 17 Disember 2022, bermula 8.30 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Peminat boleh menyaksikan persembahan daripada kumpulan muzik Akim and the Majistret dan Insomniacks, penyanyi-penyanyi popular Tomok, Black, Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Afiq Shazwan, Nabila Razali, Sarah Suhairi, serta penyanyi baharu, Hasif Upin dan Meernash. 

tengok bola dan layan konsert, jom ke ipoh 17 & 18 disember ini!

Peminat bola sepak boleh turut menyaksikan tontonan perlawanan Piala Dunia FIFA 2022, pada 17 - 18 Disember 2022, bermula 11 malam, di Perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Peminat boleh menonton perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, serta perlawanan akhir kejuaraan FIFA 2022 bersama personaliti-personaliti ERA termasuk Nabil, Radin, Azad, Danial, Isha Norsham, Haniff, Ray, Fazziq dan Zahier Yusoff.

 

Untuk maklumat lanjut tentang ‘ERA SYOKVAGANZA’, ikuti ERA dan SYOK di platform media sosial.