Betul Ke Virus COVID 19 Tidak Tersebar Di Tempat Yang Panas?

betul ke virus covid 19 tidak tersebar di tempat yang panas?

penularan wabak COVID 19, banyak perkara mitos telah timbul. Ada yang berkata makanan singgang boleh dijadikan ubat lah, kena makan banyak limau lah dan macam-macam lagi.

Terbaru, ada pihak yang menyatakan bahawa virus COVID 19 tidak akan tersebar di tepat yang panas dan lembap.

Ketahuilah bahawa semua itu hanyalah mitos semata-mata. Menurut laman web Organisasi Kesihatan Sedunia, virus COVID 19 boleh tersebar di semua kawasan termasuklah tempat bercuaca panas dan lembap.

Jadi, tak kisahlah apa jenis cuaca tempat korang amalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Kerap cuci tangan kerana dengan melakukan perkara itu, ia dapat mengelakkan daripada terjangkiti kuman itu.

Sumber: World Health Organization