Tempat Duduk Berasingan Untuk Penumpang Pesawat Bergejala

Bagi memastikan tiada lonjakan kes baharu COVID-19 menjelang cuti panjang penghujung tahun, Indonesia akan melaksanakan peraturan perjalanan udara yang lebih ketat.

tempat duduk berasingan untuk penumpang pesawat bergejala

Menurut jurucakap pasukan tindakan COVID-19, Wiku Adisasmito, syarikat penerbangan perlu menyediakan tempat duduk berasingan untuk penumpang bergejala meskipun ujian sebelum berlepas menunjukan keputusan negatif.

 

Katanya, hanya penumpang yang menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 dengan keputusan negatif PCR dibenarkan meneruskan penerbangan khasnya di Jawa dan Bali.

 

Kerajaan Indonesia kini juga sedang membenarkan syarikat penerbangan beroperasi pada kapasiti penuh.

 

Menurut Worldometers, sehingga kini Indonesia telah mencatatkan sebanyak 4,237,834 kes, dengan 143 ribu kematian.

 

Sumber: [1]