Foto Nampak Lebih ‘Hidup’, vivo V27e Fon Pintar Baharu Pilihan Terbaik Anda!

Adakah anda gemar berkongsi foto dan video ke laman sosial seperti Instagram, Facebook mahupun Tiktok?

 

Jika YA, telefon pintar terbaharu keluaran vivo ini adalah pilihan terbaik anda.

foto nampak lebih ‘hidup’, vivo v27e fon pintar baharu pilihan terbaik anda!

Tampil dengan model vivo V27e, telefon pintar serba baharu ini dilengkapi dengan kamera 64MP OIS Ultra-sensing, 2MP kamera bokeh dan 2MP kamera mikro pada bahagian belakang, serta 32MP kamera selfie pada kamera hadapan. Bukan itu sahaja, telefon pintar baharu ini dilengkapi dengan Aura Light, yang membuatkan gambar anda kelihatan lebih terang dan ‘hidup’ pada tempat kurang cahaya. Jadi, memang jelas gambar kalau nak ber-OOTD atau bergambar pada waktu malam!

foto nampak lebih ‘hidup’, vivo v27e fon pintar baharu pilihan terbaik anda!

Sesuai dengan tagline “Aura Portrait, For Picture-perfect Night”, telefon pintar potret aura vivo V27e sangat sesuai digunakan untuk segenap usia, khasnya mereka yang menghasilkan kandungan di media sosial. Ini adalah kerana terdapat butang pada bahagian tepi yang membolehkan pengguna mengawal cahaya, sama seperti bergambar dalam studio.

 

Jangan bimbang kerana fungsi cahaya pada Aura Light diubah secara automatik menggunakan Optical Image Stabilization (OIS), sesuai dengan keadaan sekitar anda, tanpa menghasilkan ‘flashlight’, seperti kebanyakkan telefon pintar lain.

foto nampak lebih ‘hidup’, vivo v27e fon pintar baharu pilihan terbaik anda!

Didatangkan dengan dua warna yang cukup trendy iaitu Lavender Purple dan Glory Black, vivo V27e menawarkan anda pengalaman cukup luar biasa khasnya dalam menghasilkan foto serta video berkualiti tinggi. Harga dijual adalah pada RM1,299 sahaja!

Berikut adalah spesifikasi lengkap telefon pintar baharu vivo V27e, dan promosi yang menanti anda:

foto nampak lebih ‘hidup’, vivo v27e fon pintar baharu pilihan terbaik anda!