“Teknologi AI Mungkin Mudaratkan Kesihatan Manusia,” – Pakar Kesihatan Beri Amaran

Pakar-pakar kesihatan awam telah memberikan amaran mengenai risiko teknologi kepintaran buatan (AI) terhadap kesihatan dan keselamatan berjuta-juta manusia.

“teknologi ai mungkin mudaratkan kesihatan manusia,” – pakar kesihatan beri amaran

Dalam pembangunan teknologi AI ketika ini, mereka menyeru agar pembangunan teknologi AI dihentikan sementara waktu sehingga ia dapat dikawal selia.

 

Menurut laporan yang diterbitkan oleh jurnal MJ Global Health, pakar-pakar kesihatan dari Britain, Amerika Syarikat (AS), Australia, Costa Rica, dan Malaysia berpendapat bahawa teknologi AI berpotensi menimbulkan impak negatif terhadap kesihatan dan keselamatan manusia.

“teknologi ai mungkin mudaratkan kesihatan manusia,” – pakar kesihatan beri amaran

Risiko yang dinyatakan termasuk ralat yang boleh memudaratkan pesakit, isu privasi dan keselamatan data, serta penggunaan teknologi AI yang memperburukkan ketidaksamaan sosial dan kesihatan.

 

Salah satu contoh risiko yang diberikan adalah penggunaan oksimeter yang dipacu AI yang boleh menyebabkan ralat penganggaran tahap oksigen dalam darah pesakit kulit gelap dan memberi kesan negatif terhadap rawatan hipoksia.

 

Selain itu, teknologi AI juga boleh membahayakan berjuta-juta orang melalui kawalan dan manipulasi orang ramai, penggunaan senjata autonomi yang membawa maut, dan kesan mental disebabkan pengangguran akibat penggantian pekerja manusia oleh teknologi AI.

 

Meskipun pada asasnya teknologi AI mempunyai potensi untuk merevolusikan sistem penjagaan kesihatan dengan meningkatkan diagnosis penyakit, mencari kaedah terbaik rawatan, dan memperluaskan penjagaan kepada lebih ramai orang, pakar berpendapat ia perlu dikawal selia dan dikendalikan dengan bijak bagi mengelakkan risiko negatif terhadap kesihatan dan juga keselamatan manusia.

 

Sumber: The Guardian