“Teknologi AI Boleh Jadi Ancaman Pada Manusia,” – Pengasas ChatGPT

Pengasas ChatGPT dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman mendedahkan teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh mendatangkan ancaman kepada manusia.

“teknologi ai boleh jadi ancaman pada manusia,” – pengasas chatgpt

Ujarnya Kongres Amerika Syarikat (AS) sewajarnya mencipta peraturan khusus bagi AI untuk mengelakkan ia daripada disalahguna.

 

Syarikat OpenAI, yang berpusat di San Francisco, California, menarik perhatian umum setelah mereka melancarkan ChatGPT pada tahun lepas. Ini adalah satu aplikasi chatbot percuma yang memberikan respons seperti manusia kepada soalan pengguna.

 

Wakil-wakil rakyat AS mengajukan soalan yang menekan Altman dengan mempersoalkan kemampuan ChatGPT dan model-model lain untuk membentuk sejarah manusia menjadi lebih baik atau lebih buruk. Mereka juga membandingkan teknologi ini dengan mesin cetak atau bom atom.

“teknologi ai boleh jadi ancaman pada manusia,” – pengasas chatgpt

Altman pada masa yang sama mengakui kebimbangannya apabila teknologi ini mungkin dapat menyebabkan kerugian yang besar kepada syarikat yang menggunakan teknologi mereka.

 

"Jika teknologi ini berbahaya, ia boleh menjadi ancaman yang serius, dan kami ingin bersuara dengan lantang tentang hal itu. Kami ingin bekerjasama dengan kerajaan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku," kata Altman.

 

Sesi persidangan ini adalah yang pertama bertujuan untuk mencipta peraturan bagi AI, yang menurut wakil-wakil rakyat AS, sepatutnya dilakukan sejak bertahun-tahun yang lalu.

 

Tujuannya bukanlah untuk mengawal AI, tetapi untuk memulakan perbincangan mengenai cara menjadikan ChatGPT dan model-model lain lebih telus, sambil memastikan risikonya diberikan pendedahan yang mencukupi.

 

Sementara itu, walaupun mengakui bahawa AI akan menggantikan beberapa pekerjaan, Altman berkata bahawa ia juga akan mencipta peluang pekerjaan baru yang lebih baik.

 

"Saya percaya bahawa akan wujud pekerjaan yang jauh lebih baik dalam beberapa aspek lain. Bagi saya, ini akan sepenuhnya mengautomasi beberapa pekerjaan sambil mencipta pekerjaan baru yang kami percaya lebih baik," katanya.

 

Sumber: Kosmo! / Washington Post