Mereka yang pernah dijangkiti COVID-19 dan kini telah sembuh mungkin berhadapan dengan masalah pernafasan.
Ini adalah kerana ketika dijangkiti, virus berkenaan telah menyerang dan menggangu bahagian paru-paru lalu menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelumnya.
.
Kesukaran bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya menyebabkan bekas pesakit COVID-19 berasa bimbang dengan situasi itu.
.
Ekoran itu, Dr Arisman telah berkongsi teknik latihan pernafasan bagi menguatkan semula paru-paru selepas jangkitan COVID-19.
TEKNIK LATIHAN KUATKAN PARU-PARU
Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.
Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.
Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.
Tahan nafas selama 4 saat.
Hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh dua saat.
Menerusi video yang dikongsikan beliau, bekas pesakit COVID-19 boleh mengamalkan latihan ini bagi melancarkan semula pernafasan.
.
Namun jika masih mengalami masalah yang berterusan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital.
.
Sumber: [1]