Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Tegar Septian mendakwa anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Sarah Sheilka bukan darah dagingnya.
Menurut penyanyi dari Indonesia itu, perkara menyedihkan itu terbongkar selepas mereka bercerai pada Jun tahun lalu.
"Baru saya tahu sebelum ini saya sudah ditipu. Betul dia hamil sebelum kami nikah," katanya menjawab soalan peminat di TikTok.
Sebelum ini Tegar mengambil keputusan bernikah dengan Sarah apabila mendapat tahu wanita itu hamil selepas mereka menjalin hubungan bersama.
Bagaimanapun, Tegar tidak menyangka Sarah mengandungkan anak bukan daripada darah dagingnya sendiri yang kini berusia tiga tahun.
"Selepas saya bertemu dan bersama Sarah dia maklumkan dirinya hamil. Saya jadi bingung ketika itu. Jadi, pasrah saja untuk bernikah," katanya.
Tegar dan Sarah bernikah pada Mac 2020, sebelum mengakui sudah bercerai, namun tidak berkongsi tarikh penceraian mereka.
Sumber: HMetro