Eksklusif di Astro First, Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! Penuh Dengan Kesan Visual

Upin & Ipin, animasi popular Malaysia telah berjaya dengan pementasan teater muzikal mereka yang bertajuk Upin & Ipin - Pin Pin Pom! pada penghujung tahun lepas di Malaysia dan Singapura.

eksklusif di astro first, teater muzikal upin & ipin – pin pin pom! penuh dengan kesan visual

Pementasan tersebut telah mendapat sambutan yang positif daripada jutaan penonton yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.

eksklusif di astro first, teater muzikal upin & ipin – pin pin pom! penuh dengan kesan visual

Ekoran kejayaan itu, penerbit Les' Copaque Production membawa pementasan tersebut untuk dipersembahkan di platform Pawagam Rumah Anda, Astro First mulai 18 Mei ini. Versi ini akan memperlihatkan penggunaan teknologi multimedia yang lebih banyak sepanjang pementasan teater tersebut.

eksklusif di astro first, teater muzikal upin & ipin – pin pin pom! penuh dengan kesan visual

Menurut pengarah urusan Les' Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi, teater muzikal ini sangat istimewa kerana mempunyai elemen multimedia serta lagu-lagu yang digubah oleh komposer Les' Copaque sendiri. Selain itu, teater ini juga merupakan hasil karya anak tempatan sepenuhnya.

 

Teater berdurasi 1 jam 6 minit ini diarahkan oleh Siti Rohayah Atan dan menampilkan watak-watak utama Upin, Ipin dan kawan-kawan seperti Ehsan, Mail, Jarjit, Mei Mei, Fizi, Susanti serta beberapa watak baharu seperti karakter Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan yang kali pertama dipersembahkan dalam pementasan teater. Semua watak ini dilakonkan oleh maskot dengan kostum yang menarik dan direka khas untuk pementasan teater tersebut.

eksklusif di astro first, teater muzikal upin & ipin – pin pin pom! penuh dengan kesan visual

Cerita asal merupakan hasil idea Hajah Ainon Bt Ariff dan beliau juga merupakan penulis skrip bersama Nur Naquyah Binti Burhanuddin. Teater muzikal ini mengisahkan tentang pengembaraan Upin & Ipin ke dunia Pin Pin Pom! demi menyelamatkan diri dan kawan-kawan daripada cengkaman Nenek Kebayan yang mencari Batu Delima Sakti. Terdapat 10 buah lagu yang dipersembahkan dalam pementasan ini dan lagu Upin & Ipin - Pin Pin Pom! menjadi lagu tema utama pementasan ini.

eksklusif di astro first, teater muzikal upin & ipin – pin pin pom! penuh dengan kesan visual

Selain itu, teater muzikal ini di Astro First juga diselitkan dengan sesi temu ramah eksklusif bersama tenaga kreatif yang menjayakan pementasan tersebut serta barisan pelakon utama alih suara.

 

Saksikan teater muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! mulai 18 Mei 2023 di Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 atau strim di On Demand atau Astro GO. Langgan dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti maklumat dan klip menarik tentang pementasan ini melalui akaun Instagram, Facebook, Twitter, dan TikTok Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.