Ayah Kahar Pesan Jangan ‘Jibam’, Apa Agaknya Terjadi Pada Episod Final Projek High Council?

Selepas sembilan episod menanti, drama Projek: High Council bakal menemui penghujungnya minggu ini dalam episod ke-10.

ayah kahar pesan jangan ‘jibam’, apa agaknya terjadi pada episod final projek high council?

Terdahulu, para penonton drama yang hangat perkatakan ramai ini telah melihat pelbagai aksi yang penuh mendebarkan, dalam tradisi KUDRAT iaitu High Council.

 

Menerusi laman Youtube Astro Shaw, sedikit teaser kepada episod akhir Projek: High Council telah ditayangkan yang mana melihat kepada penglibatan persatuan alumni serta ibu dan bapa pelajar KUDRAT.

ayah kahar pesan jangan ‘jibam’, apa agaknya terjadi pada episod final projek high council?

Malah, bapa kepada watak Kahar juga sempat memberikan pesanan kepada Kahar agar tidak membuat ‘jibam’ iaitu melaporkan. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang ingin dilaporkan, namun ia mungkin mengenai aktiviti pelajar High Council yang menjadi tradisi turun-temurun mereka.

Apa agaknya yang akan berlaku kepada High Council? Sama-sama kita nantikan di Astro!