Nikmati Tayangan Perdana Program Terhebat Korea Di Astro Pada Ogos Ini

Bulan Ogos ini, peminat hiburan Korea boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai di Astro menerusi ONE (Saluran 393 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Saluran 396 HD) dan tvN Movies (Saluran 416 HD). Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO. 

 

Peminat boleh menikmati drama, filem dan program pelbagai, termasuk:

o Drama mencuit hati Cold Blooded Intern, ditayangkan 24 jam selepas Korea, menampilkan Ra Mi-ran, Uhm Ji-won dan ramai lagi, dari 12 Ogos di tvN (Saluran 395 HD).

o Drama percintaan My Dearest, ditayangkan 24 jam selepas Korea, dibarisi Kim Myung soo, Choi Jin hyuk, setiap Sabtu dan Ahad di ONE (Saluran 393 HD). 

o Drama aksi Numbers, menampilkan Kim Myung soo, Choi Jin hyuk dan ramai lagi, bermula 24 Ogos di ONE (Saluran 393 HD).

o Program realiti Buddy Into the Wild, dibintangi oleh Ahn Jung Hwan, BOOM, dan ramai lagi, bermula 31 Ogos di ONE (Saluran 393 HD). 

o Program realiti Express Delivery: Mongolia Edition, menampilkan Kim Jong-kook, Hong Kyung-min, Jang Hyuk, Cha Tae-hyun, Hong Kyung-in, dan Kang Hoon, bermula 24 Ogos di tvN (Saluran 395 HD). 

o Program pelbagai Earth Arcade 2, membariskan Ahn Yu-jin, Lee Young-ji dan ramai lagi, bermula 14 Ogos di K-Plus (Saluran 396 HD). 

o Filem seram The Devil’s Deal, dibintangi Cho Jin-Woong, Lee Sung-Min dan ramai lagi, pada 19 Ogos di tvN Movies (Saluran 416 HD).

nikmati tayangan perdana program terhebat korea di astro pada ogos ini

nikmati tayangan perdana program terhebat korea di astro pada ogos ini

Nota: Sila rujuk senarai program di bawah untuk maklumat lanjut.

 

• Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.