Awas Premis Tayang Hiburan Guna Android Box Haram Kini Sedang Diperhatikan! - PDRM, Astro

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Astro kini telah bekerjasama bagi memantau premis perniagaan yang menayangkan siaran hiburan menggunakan kelengkapan penstriman tidak sah.

awas premis tayang hiburan guna android box haram kini sedang diperhatikan! - pdrm, astro

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, masyarakat perlu menghentikan penggunaan peranti yang tidak dibenarkan kerana ia jelas salah di sisi undang-undang.

 

"Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada premis-premis perniagaan yang menayangkan siaran hiburan menggunakan perkhidmatan berbayar seperti Astro, mahupun lain-lain penyedia perkhidmatan, bahawa penggunaan tidak sah adalah merupakan satu kesalahan," katanya.

 

Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang diterbitkan dalam Warta Kerajaan pada 10 Feb 2022 telah mula dikuatkuasakan mulai 17 Mac tahun ini.

 

Jika disabitkan kesalahan, individu yang melanggar akta tersebut boleh didenda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Pindaan ini memperkenalkan beberapa perubahan kepada akta bertujuan menguatkuasakan undang-undang terhadap pelanggaran hak cipta menerusi teknologi penstriman.

 

Sumber: Astro AWANI