Lihat Tawaran Istimewa Buat Pelanggan Go Shop Sempena Pesta Menuai Ini

Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia, telah meraikan perayaan Pesta Menuai engan menawarkan PENGHANTARAN PERCUMA bagi semua pesanan kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak sehingga 7 Jun 2023, sempena sambutan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan.

lihat tawaran istimewa buat pelanggan go shop sempena pesta menuai ini

Selain itu, para pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun sehingga RM60 untuk pembelian tanpa had dengan menggunakan kod promosi Hari Ibu Bapa seperti LOVE12, LOVE35 atau LOVE60. Ia menjadikan tempoh cuti ini sebagai waktu yang sesuai untuk menghadiahkan orang tersayang.

 

Dalam pada itu, Go Shop menawarkan katalog produk yang pelbagai, yang pastinya akan menarik minat semua ahli keluarga ketika mereka pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan menuai. Antara kategori produk yang ditawarkan termasuklah bagasi & aksesori, fesyen lelaki dan wanita, perkakas rumah, produk kesihatan & kesejahteraan, makanan & barangan runcit, dan banyak lagi.

 

Jika anda ingin memperbaharui dapur anda, Go Shop juga menawarkan Set Kuali Twinz Aurasia, Penggoreng Udara 3.8L Russel Taylors, Pengadun 4L La gourmet, dan banyak lagi produk menarik lainnya.

 

Bagi mereka yang ingin meningkatkan rutin penjagaan diri, terdapat Tonik Hati Livrin 300 Thomson, Diamond Kolagen Kinohimitsu, Sarang Burung FG Walet, dan berbagai produk lain yang boleh dipilih. Untuk mereka yang ingin menyemarakkan almari pakaian pula, terdapat beg tangan, baju polo, dan dompet daripada Lancaster Polo, serta bagasi premium daripada Urbanlite, dan banyak lagi.

 

Untuk memperoleh maklumat mengenai barangan terkini dan terhangat, pelanggan boleh menonton Go Shop dalam Bahasa Malaysia di TV Sarawak (TVS) saluran 122 setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang. Sebagai alternatif, mereka juga boleh melihat lebih banyak tawaran menarik melalui Go Shop di Astro. Saluran 118 dan saluran 111 menawarkan siaran dalam Bahasa Malaysia, manakala saluran 303 menawarkan siaran dalam Bahasa Mandarin.

 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web www.goshop.com.my atau memuat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.