Kadar Tarif Air Naik Purata 22 Sen Tiap Meter Padu Mulai 1 Februari

Kadar tarif air bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan akan dinaikkan sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu, berkuatkuasa 1 Februari ini.

kadar tarif air naik purata 22 sen tiap meter padu mulai 1 februari

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kadar pelarasan itu ditetapkan dibawah Mekanisme Penetapan Tarif buat pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Labuan.

 

Ujarnya, ia adalah berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri namun kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau bagi memastikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif tersebut.

 

"Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022," kata SPAN dalam kenyataan yang diedarkan.

 

Tambah lagi, pelarasan tarif air ini adalah juga susulan operator di negeri-negeri yang berdepan kekangan serta cabaran dalam menyampaikan bekalan air berkualiti kepada pengguna.

kadar tarif air naik purata 22 sen tiap meter padu mulai 1 februari

“Antaranya kualiti air tidak terawat tidak memuaskan, kadar air tidak berhasil (NRW) tinggi, lambakan paip usang melebihi 30 tahun, Loji Rawatan Air (LRA) melebihi kapasiti, hutang tertunggak tinggi dan pendapatan yang tidak dapat menampung kos operasi.

“Justeru, pengguna domestik akan mengalami kenaikan bil air dalam julat RM1.60 sen hingga RM8.00 sebulan atau 5 sen hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20-meter padu sebulan.

“Pada masa yang sama, pengguna kategori bukan domestik akan mengalami kenaikan bil dalam julat RM0.40 hingga RM2.00 sebulan atau 1 sen hingga 7 sen sehari bagi penggunaan bulanan sebanyak 20-meter padu hasil daripada pengenaan caj elektrik.

“Caj elektrik yang dikenakan adalah pada kadar yang sama untuk semua kategori pengguna di mana kadar tersebut adalah berbeza-beza mengikut negeri iaitu dalam julat 2 sen hingga 10 sen bagi setiap meter padu,” katanya.

kadar tarif air naik purata 22 sen tiap meter padu mulai 1 februari

Sumber: Astro AWANI