Kucing Jantan Anda Selalu Rosakkan Barang Tanda Hidap Kemurungan

Masalah kemurungan bukan sahaja berlaku kepada manusia, malah ia boleh terjadi juga kepada haiwan peliharaan kita seperti kucing dan anjing.

kucing jantan anda selalu rosakkan barang tanda hidap kemurungan

Disebut sebagai ‘separation anxiety’, masalah ini terjadi kepada kebanyakkan kucing sama ada yang dipelihara di rumah mahupun kucing terbiar.

 

Menurut laman PetMD, terdapat beberapa petanda yang menunjukkan kucing anda mengalami masalah kemurungan ini, antaranya adalah seperti:

  • Membuang air bukan pada tempat sepatutnya seperti kebiasaan
  • Mengiau dengan kuat, ada juga kucing yang membawa mainan kegemarannya dalam mulut sambil mengiau
  • Kucing jantan sering merosakkan barangan dalam rumah
  • Kucing betina sering membersihkan diri mereka hampir setiap masa
  • Kucing menjadi sangat manja kepada pemiliknya, sering mahukan perhatian lebih

kucing jantan anda selalu rosakkan barang tanda hidap kemurungan

Terdapat beberapa sebab kenapa kucing mengalami kemurungan ini, antaranya:

  • Terkurung dalam rumah setiap masa
  • Tidak mempunyai kawan lain dalam rumah
  • Terbiar menyendiri
  •  Pernah mengalami pertukaran rutin harian termasuklah bertukar pemilik, berpindah rumah dan pemilik keluar bekerja selepas sering bersama dengan kucing di rumah.

 

Kebiasaannya, veterinar akan menjalankan ujian darah dan air kencing selain bertanyakan tentang sifat kucing kepada pemilik sebelum keputusan sama ada ia mengalami kemurungan atau tidak.

kucing jantan anda selalu rosakkan barang tanda hidap kemurungan

Bagi mengawal kemurungan pada kucing, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan seperti:

  • Banyakkan aktiviti untuk kucing dalam rumah. Misalnya gunakan bekas makanan jenis ‘puzzle feeder’.
  • Pasang kamera CCTV yang boleh disambungkan kepada telefon pintar anda. Ketika berjauhan, bolehlah anda sekali sekala memanggil kucing anda dari jauh.
  • Jika anda membela seekor kucing, dapatkan seekor lagi sebagai peneman dan kawan bermain
  • Berikan sedikit kebebasan kepada mereka. Sekali sekala, bawalah mereka keluar bermain diluar.

 

Dapatkan nasihat daripada vaterinar yang bertauliah sekiranya anda mendapat terdapat perubahan ketara pada fizikal dan emosi kucing anda.

 

Sumber: PetMD