Rasa Sentakan Kuat Dari Gear N ke D, Mungkin Petanda Gear Box Rosak

Salah satu kerosakan kereta yang cukup menakutkan pemilik kenderaan adalah bila ia melibatkan komponen gearbox atau kotak gear.

rasa sentakan kuat dari gear n ke d, mungkin petanda gear box rosak

Kerosakan pada gearbox biasanya akan menyebabkan pemilik kereta mengeluarkan kos baik pulih yang cukup tinggi.

.

Jadi tidak hairanlah kenapa ramai cukup fobia dengan jenis kerosakan ini.

rasa sentakan kuat dari gear n ke d, mungkin petanda gear box rosak.

Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan masalah kerosakan gear ini daripada berlaku. Cara paling mudah dan mampu menjimatkan kos baikpulih adalah mengesan kerosakan ini daripada awal.

.

Bagi pengguna kereta, ini adalah tanda yang boleh anda lihat:

.

1. Kesukaran untuk menukar gear. Biasa terjadi kepada kenderaan jenis manual.

2. Ada sentakan atau hentakan ‘dukk’ ketika menukar gear. Misalnya dari N ditukar kepada D, atau P kepada D.

3. Berlakunya freeplay iaitu ruang pertukaran gear yang agak lama sama ada dari gear 1 ke 2, gear 2 ke 3, atau gear 3 ke 4.

4. Kereta mengeluarkan bunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku.

5. Bacaan RPM menjadi tinggi dan tidak kembali ke asal selepas gear auto bertukar.

6. Keadaan gear bertukar kepada N atau D pada panel meter.

.

Jika anda dapati ada tanda-tanda seperti diatas berlaku pada kenderaan anda, besar kemungkinan gearbox anda sudah mula menunjukkan tanda awal berlakunya kerosakan. Segera dapatkan pemeriksaan atau ikuti tip servis seperti dibawah:

1. Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter.

2. Tukar minyak auto

3. Tukar mounting gearbox

4. Tukar pin pada panel gear

5. Tukar kedua-dua oil seal gearbox.

.

Bagi pemilik kereta manual pula anda hanya perlu menukar minyak gear, mounting dan kabel gear.

.

Namun jika tidak tahu dan tidak yakin untuk melakukannya sendiri, bawa sahaja ke pusat servis kereta berhampiran anda. Jangan tunggu sudah rosak baru hendak melakukan servis dan pemeriksaan.

.

Sumber: [1]