Tanda Kemungkinan Rahim Terbalik, No. 2 Paling Mudah Kesan

Kaum Hawa bukan sahaja mempunyai risiko daripada masalah PCOS dan endometriosis, malah mereka juga berisiko mengalami masalah rahim terbalik.

tanda kemungkinan rahim terbalik, no. 2 paling mudah kesan

Secara umumnya, banyak isu yang boleh berlaku pada organ pembiakan wanita dan secara langsung menjejaskan kesihatan diri secara keseluruhan.

 

Rahim terbalik, yang juga disebut sebagai tilted atau retroverted uterus adalah keadaan bila mana organ rahim condong ke arah rektum yang berada di belakang. Manakala rahim yang condong ke arah pundi kencing yang berada di hadapan disebut sebagai rahim anteverted.

tanda kemungkinan rahim terbalik, no. 2 paling mudah kesan

Memetik hantaran dari portal Hello Doktor, berikut adalah antara ciri-ciri yang menunjukkan kemungkinan seseorang itu mempunyai rahim terbalik:

 

#1 Merasa amat sakit ketika mengadakan hubungan kelamin dalam sesetengah gaya seks.

 

#2 Rasa kekejangan serta sakit pada bahagian bawah perut dan bawah belakang badan.

 

#3 Kitaran haid menjadi tidak teratur.

 

#4 Merasa sukar untuk memasukkan tampon ke dalam faraj.

 

#5 Kebocoran semasa haid akibat daripada kedudukan tampon atau cawan haid yang tidak berada pada kedudukan betul.

 

#6 Sering mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).

 

#7 Diafragma, iaitu sejenis kaedah mengawal kelahiran, tidak dapat dimasukkan dengan betul dan sering jatuh.

 

#8 Sukar menahan kencing yang menyebabkan sering terbabas antara perjalanan ke bilik air.

 

#9 Kesukaran untuk hamil

 

Walaupun begitu, tetapi masalah rahim terbalik ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan dan anda mungkin tidak menyedari langsung mengenainya. Anda perlu berbincang dengan doktor bagi lebih kepastian sebelum tahu sama ada ada mempunyai rahim terbalik atau sebarang penyakit lain. Pemeriksaan doktor dapat membantu meringankan gejala dan menyelamatkan kesihatan anda.

 

Sumber: Hello Doktor