Tak Wajib Lagi Face Mask Dalam Pengangkutan Awam, Hospital Mulai 5 Julai

Susulan daripada pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1 Mei yang menyatakan bahawa COVID-19 tidak lagi menjadi kecemasan kesihatan awam global, peraturan COVID-19 di negara ini turut dilonggarkan.

tak wajib lagi face mask dalam pengangkutan awam, hospital mulai 5 julai

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata orang ramai kini tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka ketika menaiki kenderaan awam dan juga di fasiliti hospital mulai 5 Julai 2023.

tak wajib lagi face mask dalam pengangkutan awam, hospital mulai 5 julai

Walau bagaimanapun, adalah wajib bagi individu yang positif COVID-19 dan pekerja kesihatan yang mematuhi amalan kawalan jangkitan di fasiliti kesihatan untuk memakai topeng muka. Individu berisiko tinggi di kawasan sesak dan tempat yang kurang berpengudaraan juga sangat digalakkan untuk memakai topeng muka.

 

Dr. Zaliha juga menyebut bahawa tempoh kuarantin bagi kes positif COVID-19 telah dipendekkan daripaa tujuh hari kepada lima hari sejak munculnya gejala pertama. Selain itu, Malaysia akan terus diisytiharkan sebagai kawasan terjangkit di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit sehingga 31 Disember, walaupun situasi Covid-19 tidak lagi menjadi kebimbangan utama.

 

Pengesanan ini dianggap perlu disebabkan oleh risiko berpotensi wujudnya varian dan subvarian baru virus SARS-CoV-2 di negara ini. Langkah ini memastikan penguatkuasaan pelbagai peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

 

Dr. Zaliha memberi jaminan kepada orang ramai bahawa Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi COVID-19 dan mengambil tindakan segera bila diperlukan. Beliau menasihati orang ramai agar mempraktikkan kebersihan diri yang baik untuk mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit, termasuk COVID-19.

 

Sumber: Astro AWANI

Foto utama Shahbaz Khan/PTI Photo