Individu Tak Vaksin Berisiko Dijangkiti COVID-19 Kategori 4 & 5

Kumpulan individu yang tidak divaksin menjadi golongan paling berisiko dijangkiti COVID-19 yang serius, terutamanya Kategori 4 dan 5.

individu tak vaksin berisiko dijangkiti covid-19 kategori 4 & 5

Demikian menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang merujuk kepada data dikumpulkan dari 24 Januari hingga 21 Februari.

 

"Perkara ini dibuktikan dengan kes COVID-19 per 100,000 populasi mengikut status vaksinasi meningkat kira-kira 10 hingga 80 kes direkodkan untuk Kategori (3,4,5) bagi semua kumpulan umur.

"Kumpulan individu yang menerima dos penggalak adalah paling terlindung apabila bawah 20 kes dilaporkan dan dilihat kurang kes jangkitan yang serius iaitu Kategori 3, 4 dan 5 dan juga kes kematian,” katanya.

 

Menurut beliau lagi, dos vaksin penggalak dilihat mampu mengurangkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia yang dicetuskan oleh varian Omicron ketika ini.

 

Sumber: [1]