Tak Mustahil Boleh Balik Raya Di Kampung Tahun Ni Kalau …

Menjadi harapan ramai untuk kembali pulang beraya di kampung halaman selepas setahun tidak bersama keluarga dek kerana pandemik COVID-19. Namun semua itu bergantung kepada kebenaran yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

tak mustahil boleh balik raya di kampung tahun ni kalau …

Menurut KKM, tidak mustahil untuk orang ramai merasai kemeriahan balik kampung pada tahun ini untuk menyambut hari raya jika orang ramai menunjukkan kepatuhan tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.

 

KKM terlebih dahulu perlu mengkaji semua data dan fakta serta melakukan penilaian risiko sebelum sebarang keputusan dikeluarkan termasuklah kebenaran rentas negeri.

tak mustahil boleh balik raya di kampung tahun ni kalau …

Mengulas lanjut mengenai penilaian risiko, KKM telah menggariskan enam indikator atau petunjuk yang membolehkan kementerian itu mencadangkan sesuatu kepada Jawatankuasa Teknikal untuk diputuskan Mesyuarat Khas MKN, iaitu:

 

1. Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang

2. Trend dan kadar kebolehjangkitan

3. Situasi semasa iaitu kadar kematian dan jumlah kes kematian

4. Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital

5. Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti dan,

6. Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.

 

Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kemas kini di akaun Facebook mereka baru-baru ini.

 

Sumber: KKM