Pasangan Suami Isteri Tak Dibenar Ke Turkiye Gara-Gara Pasport Basah [Video]

Hajat pasangan suami isteri untuk menyambut hari lahir dan berbulan madu di Turkiye tidak kesampaian kerana pasport yang dibawa basah, menyebabkan mereka tidak dibenarkan terbang ke negara tersebut.

pasangan suami isteri tak dibenar ke turkiye gara-gara pasport basah [video]

Menerusi video yang tular di Tiktok @fikryyazman, walaupun telah cuba alat pengering, pasport mereka tidak lagi boleh digunakan sebagai dokumen pengenalan diri ke luar negara.

 

Ujarnya, pasport tersebut tidak dapat diselamatkan selepas mengalami kerosakan hampir 80 peratus.

 

@fikryyazman Kalau Allah kata bukan rezeki kita , maka bukanlah ☺️ #fyp #fypmalaysia #foryoupage #fypsg #fypシ #tiktokmalaysia #klia ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") - Fadhilah Intan

 

“Saya berulang-alik bekerja di Singapura. Pada hari Sabtu hujan sangat lebat. Sewaktu tiba di Kastam Singapura pasport saya telah basah.

“Kami juga tidak boleh membuat pasport di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kerana Pejabat Imigresen tutup pada hari itu.

“Niat kami nak pergi Turkiye berbulan madu dan sambut hari lahir bersama tidak kesampaian,” katanya ketika membalas komen daripada pengguna TikTok.

 

@fikryyazman Pengajaran buat kita semua ☺️ #fyp #fypmalaysia #foryoupage #passportrosak #klia #fypsg ♬ son original - RSsd.esm

 

Disebabkan insiden itu, beliau telah mengalami kerugian RM16,000 dan wang tersebut tidak dapat dikembalikan.

 

Sumber: Tiktok