SYOK Podcast Terbitan Astro Radio Dianugerahkan 'Anugerah Citra Sahabat DBP 2023'

SYOK Podcast terbitan Astro Radio, platform audio digital telah dipilih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerima 'Anugerah Citra Sahabat DBP 2023' dalam kategori sektor swasta, sempena Hari Inovasi DBP yang diadakan pada 4 Oktober 2023.

syok podcast terbitan astro radio dianugerahkan 'anugerah citra sahabat dbp 2023'

Anugerah disampaikan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, manakala mewakili Astro Radio untuk menerima anugerah itu adalah Priya Dharshini, Ketua Kandungan, dan Hakimi Tajul As’ari, Ketua Podcast. Tajuk-tajuk podcast pemenang anugerah ini diadaptasi daripada penerbitan DBP kepada tiga siri drama SYOK Podcast popular, termasuk Malam Pengantin, drama fiksyen; Hikayat Gegar Pagi, drama sejarah Melayu; dan Belang Harimau Besi, drama sejarah berdasarkan peristiwa sebenar.

 

Priya Dharshini, Ketua Kandungan, Astro Radio, berkata, “Kami berbesar hati menerima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023, tahun ini. Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami dalam memupuk kerjasama yang bermakna untuk menyampaikan kandungan berharga kepada pendengar kami melalui SYOK Podcast. Kami percaya pada kuasa podcast yang menjadi medium untuk pendidikan, inspirasi dan hiburan.”

 

Anugerah Citra Sahabat DBP mengiktiraf individu, persatuan, syarikat, organisasi, agensi atau pihak cemerlang yang telah memainkan peranan penting dan berkesan dalam membantu DBP menyebarkan dan memartabatkan bahasa dan sastera.

 

Semua rakyat Malaysia boleh terus menikmati SYOK Podcast yang popular termasuk Malam Pengantin, Hikayat GEGAR Pagi dan Belang Harimau Besi di laman web atau melalui aplikasi SYOK.