Syarikat Ini Pecat 1,400 Kakitangan Yang Tolak Vaksin COVID-19

Sebuah syarikat penjagaan kesihatan terbesar di New York, Northwell Health, telah memecat 1,400 kakitangannya yang menolak untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

syarikat ini pecat 1,400 kakitangan yang tolak vaksin covid-19

Dalam satu kenyataan, syarikat tersebut yang mempunyai 76,000 kakitangan telah mengambil pendekatan pantas dan agresif bagi mencapai matlamat pekerjanya 100 peratus divaksin.

 

Menurut portal Forbes, setiap pekerja syarikat itu yang diberi vaksin ditawarkan "penjagaan luar biasa kepada semua hospital kami, tanpa gangguan dan membolehkan semua kemudahan kami tetap terbuka dan beroperasi sepenuhnya. "

syarikat ini pecat 1,400 kakitangan yang tolak vaksin covid-19

Meskipun syarikat berasa kesal dengan kehilangan ribuan pekerja, namun memiliki pekerja yang divaksin sepenuhnya amat penting dalam tugas melindungi kesihatan dan keselamatan masyarakat, pesakit dan kakitangan.

 

Terdahulu, bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan pada Ogos lalu semua pekerja penjagaan kesihatan di New York termasuk kakitangan di hospital dan kemudahan rawatan jangka panjang, diminta untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

 

Arahan mewajibkan kakitangan klinikal dan bukan klinikal untuk vaksinasi juga telah diberikan kerajaan disana.

 

Sumber: [1]