Lebih 10.3 Juta Dos Vaksin COVID-19 Terpaksa Dimusnahkan Di Switzerland

Kerajaan Switzerland mengumumkan sebanyak 10.3 juta dos vaksin COVID-19 jenama Moderna terpaksa dilupuskan di negara itu.

lebih 10.3 juta dos vaksin covid-19 terpaksa dimusnahkan di switzerland

Ia berikutan kesemua dos vaksin itu telahpun mencapai tarikh luput dengan kos keseluruhan mencapai sekitar AS$285 juta (RM1.3 bilion).

 

Menurut laporan, daripada 10.3 juta dos vaksin itu, 2.5 juta daripada disimpan di sebuah pangkalan logistik tentera di Switzerland manakala selebihnya disimpan di depoh simpanan luar Belgium.

lebih 10.3 juta dos vaksin covid-19 terpaksa dimusnahkan di switzerland

Terdahulu, Switzerland memperoleh sejumlah 34 juta dos vaksin COVID-19, meskipun penduduknya mempunyai populasi 8.7 juta orang.

 

Pembaziran vaksin seperti ini bukanlah pertama kali terjadi di negara itu kerana sebelum ini Switzerland pernah memusnahkan lebih 620,000 dos vaksin yang tamat tempoh awal tahun ini selepas permintaan terhadapnya berkurangan.

 

Sumber: Kosmo!