Surprise! Anugerah MeleTOP ERA 2021 Kembali 29 Mei Ini!

Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME 2021) yang dinanti-nanti ramai bakal kembali pada 29 Mei ini!

surprise! anugerah meletop era 2021 kembali 29 mei ini!

Orang ramai boleh menonton acara gilang-gemilang Anugerah MeleTOP ERA 2021 pada Ahad (29 Mei), jam 9 malam di Astro atau Astro GO secara langsung, dengan pelbagai persembahan Yang Fresh dan Yang Legend!

Semestinya, tidak lengkaplah Anugerah MeleTOP ERA tanpa barisan hos gempak. AME 2021 kali ini bakal melihat gandingan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad sebagai geng pengacara meletop yang akan meriuhkan suasana majlis dengan gelagat bersahaja mereka.

Antara artis yang akan turut sama berada di pentas AME 2021 bagi persembahan istimewa dan penyampaian anugerah termasuk Zizi Kirana, Bunga Isme, Yonnyboii, Kamal Adli dan Uqasha Senrose serta Catriona Ross dan Dato Seri Vida.

Berikut ialah kategori yang bakal dipertandingkan dalam AME 2021:

  •  Artis Baru MeleTOP
  • Si Cilik MeleTOP
  • Couple MeleTOP
  • Program MeleTOP
  • Personaliti TV MeleTOP 
  • Video MeleTOP
  • Artis Versatile MeleTOP
  • Influencer MeleTOP 
  • Drama MeleTOP
  • Pelakon MeleTOP
  • Grup/Duo MeleTOP
  • Penyanyi MeleTOP
  • Lagu MeleTOP
  • Filem MeleTOP
  • Bintang Filem MeleTOP
  • BBNU MeleTOP

Orang ramai juga boleh menyaksikan konsert tirai AME 2021 yang bakal dimeriahkan oleh artis-artis muda dan sedang meningkat seperti finalis Big Stage 2022 Aisha Retno, artis Rocketfuel Entertainment Ara Johari dan Wani Kayrie, bintang K-Pop kelahiran Malaysia pertama, Isaac Voo dan ramai lagi!

Saksikan Anugerah MeleTOP ERA 2021 (AME 2021) pada 29 Mei jam 9 malam hanya di Astro atau Astro GO.