Lepas 27 Tahun, Kumpulan Sum 41 Umum Bubar, Peminat Luah Rasa Sedih!

Kumpulan rock dari Kanada, Sum 41, mengesahkan yang mereka akan dibubarkan selepas 27 tahun berada dalam industri.

lepas 27 tahun, kumpulan sum 41 umum bubar, peminat luah rasa sedih!

Kumpulan dari ‘zaman Emo’ yang terkenal dengan lagu hit mereka seperti "Fat Lip" dan "In Too Deep" ini akan dibubarkan selepas album terakhir mereka dilancarkan dan juga selepas jelajah dunia.

 

Dalam kenyataan menerusi akaun Twitter Sum 41, band tersebut memberitahu peminat mereka bahawa mereka akan melengkapkan jelajah dunia dan juga mengeluarkan album terakhir mereka berjudul "Heaven:x:Hell," sebelum kumpulan lagenda itu dibubarkan.

lepas 27 tahun, kumpulan sum 41 umum bubar, peminat luah rasa sedih!

Kenyataan itu turut menyatakan rasa terima kasih kumpulan Sum 41 atas sokongan peminat mereka sepanjang 27 tahun perjalanan ini. Mereka juga menyatakan kegembiraan mereka untuk apa yang akan berlaku di masa depan nanti.

 

 

Pengumuman ini nyata membuatkan ramai peminat berasa sedih, namun menghargai segala penat lelah dan hiburan yang diberikan Sum 41 sepanjang 27 tahun ini.

 

Ahli-ahli Sum 41 termasuk Deryck Whibley sebagai frontman, Dave Brownsound dan Tom Thacker sebagai gitaris utama bersama, Cone McCaslin sebagai pemain bass, dan Frank Zummo sebagai pemain dram. Kumpulan ini menjadi terkenal dengan album studio pertama mereka pada tahun 2001 "All Killer No Filler," yang menghasilkan hit "Fat Lip" dan "In Too Deep."

lepas 27 tahun, kumpulan sum 41 umum bubar, peminat luah rasa sedih!

Kumpulan tersebut terus mengeluarkan album dengan album terakhir mereka pada 2019 berjudul "Order in Decline".

 

Terima kasih untuk 27 tahun ini, Sum 41!

 

Sumber: Twitter