Satu kajian dari Universiti Tokyo dan Universiti Nishogakusha mendapati tabiat memakan hidangan kari tradisional Jepun dapat membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit nyanyuk.
Kajian dilakukan dengan mengumpulkan data seramai 2,000 individu berusia 50 tahun dan ke atas dengan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.
Kumpulan pertama adalah mereka yang kerap memakan kari, manakala kumpulan kedua adalah mereka yang jarang menikmati hidangan itu bagi tempoh setahun.
Setiap responden seterusnya diberikan penilaian risiko demensia (nyanyuk), dan perbandingan skor relatif mereka dicatatkan.
Hasil daripada kajian itu mendapati wujud kaitan kukuh antara markah ujian mereka dengan kekerapan memakan kari dalam jangka masa panjang.
Individu yang memakan kari dua atau tiga kali dalam tempoh sebulan mencatatkan risiko demensia menurun kepada 0.754 dan mereka yang memakan kari empat kali sebulan atau lebih kerap mencatatkan mata 0.718. Mereka yang kurang memakan kari pula pada bacaan 1 mata dan mereka yang makan kari sebulan sekali dengan risiko demensia 0.834.
Meskipun begitu hasil kajian ini masih memerlukan kajian yang lebih mendalam sebelum dapat mengesahkan kaitan antara tabiat makan kari dengan risiko penyakit nyanyuk.
Sumber: [1]