Suka ‘Kuah Banjir’ Antara Perkara Tak Disangka Punca Gemuk

Masalah kegemukan khasnya dinegara ini bukanlah satu perkara yang baru disebut. Sehingga November 2020, Malaysia menjadi negara ‘tergemuk’ di Asia dengan 33 peratus rakyatnya mempunyai berat badan berlebihan dan 18 peratus pula mengalami obesiti.

suka ‘kuah banjir’ antara perkara tak disangka punca gemuk

Tren kegemukan ini berpunca daripada pelbagai faktor. Paling utama adalah dari segi pemakanan kita setiap hari.

 

Menurut Public Health Malaysia, makan ‘kuah banjir’ merupakan antara perkara yang tidak disangka boleh menyebabkan kegemukan. Ia adalah kerana bilangan kalori dan juga lemak yang ada dalam hidangan kuah banjir yang mendorong kepada masalah kegemukan ini untuk berlaku.

suka ‘kuah banjir’ antara perkara tak disangka punca gemuk

Dan tahukah anda, dalam satu hidangan nasi kandar kuah banjir, ia mempunyai sehingga 800 kalori daripada kuah berlemak dan bersantan seperti kari dan rendang!

 

Selain itu, berikut adalah antara perkara yang tidak disangka boleh menyebabkan kegemukan:

1. Tidak cukup tidur

2. Waktu makan yang tidak teratur

3. Skip sarapan pagi

4. Tidak makan buah-buahan

5. Suka makanan berkrim, cheesy, mayonis, dressing dan sos.

6. Gemar minum minuman yang manis dan mempunyai susu yang pekat seperti teh tarik.

 

Amalan hidup yang sihat seperti rajin bersenam dan bersukan boleh membantu anda untuk mengatasi masalah kegemukan. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk menentukan tahap kesihatan anda.

suka ‘kuah banjir’ antara perkara tak disangka punca gemuk

Sumber: Public Health Malaysia