Konsert Coldplay: ‘Kill Switch’ Akan Digunakan Malam Ini – YB Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkata suis pemati atau kill switch akan digunakan semasa konsert kumpulan Coldplay berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

konsert coldplay: ‘kill switch’ akan digunakan malam ini – yb fahmi fadzil

Menurut beliau, perkara itu telah dibincangkan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) serta penganjur konsert itu.

 

"Perbincangan dengan Puspal dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri juga berkata bahawa kumpulan itu sangat menyokong Palestin.

"Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini," katanya.

konsert coldplay: operasi stesen lrt bukit jalil dilanjutkan tengah malam ini

Penggunaan kill switch adalah berfungsi untuk menghentikan secara tiba-tiba sesuatu penganjuran konsert yang didapati melanggar garis panduan serta undang-undang yang ditetapkan.

 

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam yang akan beroperasi sehingga lewat malam ini bagi melancarkan pergerakan lalu lintas.

konsert coldplay: operasi stesen lrt bukit jalil dilanjutkan tengah malam ini

Baca juga: Konsert Coldplay: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Tengah Malam Ini

 

Terdahulu, beberapa pihak telah menggesa agar penganjuran konsert itu di Kuala Lumpur untuk dibatalkan bagi menghormati situasi semasa di Gaza, Palestin, selain tidak mahu insiden tidak senonoh seperti dilakukan kumpulan 1975 pada Julai lalu berulang kembali.

 

Sumber: Astro AWANI