Anak Gadis Shah Rukh Khan Disambar Jadi Pelakon, Bakal Ganding Dengan Bapa Sendiri

Anak gadis kepada pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan, iaitu Suhana Khan kini semakin menjadi sebutan ramai apabila lakonan pertamanya meraih pujian.

anak gadis shah rukh khan disambar jadi pelakon, bakal ganding dengan bapa sendiri

Selepas kejayaan menjadi tunjang utama dalam The Archies, anak kedua Shah Rukh Khan ini terus disambar pengarah terkenal, Sujoy Ghosh, yang pernah menghasilkan filem hebat seperti Kahaani, Kahaani 2 dan Badlaa.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Suhana Khan (@suhanakhan2)

 

Menurut laporan, filem seterusnya untuk Suhana bakal digandingkan bersama bapanya sendiri dan penerbitan ini dikatakan lain dari lain.

 

Andai filem itu dapat direalisasikan, ia bakal menjadi sebuah produksi mega kerana diterbitkan Red Chilies Entertainment, yang juga penerbit filem ‘box office’, Pathaan.

anak gadis shah rukh khan disambar jadi pelakon, bakal ganding dengan bapa sendiri

Gandingan Suhana dan Shah Rukh Khan sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para peminat, selepas Raja Bollywood itu pernah berganding bersama anak sulungnya, Aryan.

 

Sumber: Kosmo!