Subvarian BA.5 Omicron Dijangka Akan Merebak Lebih Pantas

Ekoran daripada peningkatan kes baharu subvarian BA.5 Omicron secara global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada masa ini mengklasifikasikannya sebagai "varian yang membimbangkan."

subvarian ba.5 omicron dijangka akan merebak lebih pantas

Pakar di agensi kesihatan tertinggi Jerman juga telah memberi amaran bahawa jangkitan mungkin akan meningkat pada musim panas ini.

.

Institut Robert Koch (RKI) Jerman, sebuah organisasi kesihatan awam negara, melaporkan bahawa subvarian omicron BA.4 dan BA.5 berkembang lebih cepat daripada semua varian lain dan menyimpulkan bahawa kedua-duanya boleh menjadi varian dominan khasnya di Jerman.

subvarian ba.5 omicron dijangka akan merebak lebih pantas

Varian BA.5 sudah menyumbang 10% daripada jangkitan semasa, iaitu dua kali lebih banyak berbanding minggu lepas.

.

Di Portugal pula BA.5 sudah menyumbang kepada 80% daripada semua jangkitan baharu. Sub-varian ini didapati lebih menular daripada sub-varian sebelumnya, seperti BA.2.

.

Sama seperti subvarian omicron lain, jangkitan BA.5 adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan strain COVID lain, misalnya seperti varian Delta.

.

Meskipun orang ramai sudahpun mengambil perlindungan vaksin serta dos penggalak, perlindungan yang diberikan oleh vaksin COVID-19 secara perlahan-lahan akan berkurangan dari semasa ke semasa apabila tahap antibodi menurun.

.

Ini bermakna tiada siapa yang dilindungi sepenuhnya daripada BA.5 — jangkitan baharu yang mungkin berlaku walaupun vaksinasi telah diberikan.

.

Meskipun jangkitan BA.5 didapati lebih pantas, terdapat sedikit kematian dan kadar kemasukan ke hospital berbanding varian sebelumnya. Menurut pakar, ini adalah kerana berjuta-juta orang telah diberikan vaksin atau mempunyai antibodi, menjadikan imuniti kelompok lebih tinggi berbanding pada permulaan wabak itu.

.

Namun begitu, RKI mengesyorkan agar warga emas dan orang dalam kumpulan berisiko mendapatkan satu lagi vaksin penggalak sebagai perlindungan tambahan.

.

Sumber: [1]