BA.2 Omicron Kini Dominasi Dunia, Kes Baru Meningkat Di Beberapa Negara

Kes COVID-19 di dunia kini sudah melepasi 500 juta dengan subvarian BA.2 Omicron melonjak di beberapa negara Eropah dan Asia.

ba.2 omicron kini dominasi dunia, kes baru meningkat di beberapa negara

Ia juga menjadi penyebab kepada peningkatan kes baharu di China dan rekod jangkitan tinggi di Eropah.

.

Subvarian BA.2 juga disebut sebagai varian stealth kerana ia lebih sukar untuk dikesan berbanding subvarian dan varian lain sebelum ini.

ba.2 omicron kini dominasi dunia, kes baru meningkat di beberapa negara

Ketika ini, Jerman dan Korea Selatan mendahului dunia dalam purata kes harian baharu dengan lebih 150,000 jangkitan sehari dan menyumbang satu dari empat jangkitan di seluruh dunia.

ba.2 omicron kini dominasi dunia, kes baru meningkat di beberapa negara

Selain itu, lebih 20 negara turut mencatatkan peningkatan kes seperti Taiwan, Thailand dan Bhutan.

.

Negara China juga sedang berdepan dengan wabak COVID-19 terburuk sejak virus itu pertama kali dikesan di Wuhan dengan hampir 25,000 kes tempatan baharu dikesan.

ba.2 omicron kini dominasi dunia, kes baru meningkat di beberapa negara

Bagaimanapun, beberapa negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Itali mencatatkan penurunan kes jangkitan baharu.

.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, varian BA.2 kini membentuk kira-kira 86 peratus daripada semua kes yang dijujukan di seluruh dunia. Namun tiada bukti BA.2 berkemungkinan menyebabkan penyakit yang teruk setakat ini.

.

Sumber: [1]