Subjek Sejarah SPM 2022 Catat Peningkatan Tertinggi, 24 Subjek Lagi Menurun

Pada tahun 2022, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menunjukkan peningkatan dan penurunan dalam pelbagai mata pelajaran berbanding dengan tahun 2021.

subjek sejarah spm 2022 catat peningkatan tertinggi, 24 subjek lagi menurun

Mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, dan Sains menunjukkan peningkatan keseluruhannya.

 

Subjek Sejarah secara khusus menunjukkan peningkatan yang paling ketara dengan kenaikan sebanyak 0.23 mata. Manakala, subjek Pendidikan Moral pula mengalami penurunan sebanyak 0.07 mata.

subjek sejarah spm 2022 catat peningkatan tertinggi, 24 subjek lagi menurun

Daripada jumlah keseluruhan 95 mata pelajaran, sebanyak 69 mata pelajaran mencatatkan peningkatan, manakala 24 mata pelajaran mengalami penurunan prestasi.

 

Selain itu, dua mata pelajaran telah mengekalkan prestasi yang sama.

 

Peratus calon yang layak menerima sijil SPM pada tahun 2022 juga telah meningkat kepada 91.6%, melebihi jumlah 88.1% yang dicapai pada tahun 2021.

 

Peningkatan sebanyak 3.5% ini merupakan pencapaian terbaik sejak pelaksanaan keperluan pensijilan pada tahun 2013, dan ini merupakan kali pertama ia melebihi ambang 90%.

 

Selain itu, daripada 1,490 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), khususnya dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), sebanyak 75.8% layak memperoleh sijil SPM pada tahun 2022, berbanding dengan 69.1% pada tahun 2021.

 

Ini menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 6.7%, yang setara dengan 154 calon tambahan.

 

Untuk mengakses laporan analisis lengkap mengenai keputusan peperiksaan SPM 2022, anda boleh melawat portal Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.

 

Sumber: Astro AWANI