Suami Jadi 3 Kali Lebih Bijak Kalau Suka Layan Isteri Bercakap

Buat lelaki yang sudah berkahwin pasti perlu melayan perbualan si isteri setiap hari, sama ada membebel mahupun bercerita.

suami jadi 3 kali lebih bijak kalau suka layan isteri bercakap

Namun tahukah anda, dengan melayan kerenah isteri yang suka bercakap ini akan membuatkan otak anda menjadi bergeliga?

.

Menurut kajian oleh seorang profesor daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), wanita bercakap sekurangnya 20 ribu perkataan sehari, berbanding lelaki hanya 7 ribu sahaja.

.

Malah, menerusi perkongsian oleh Mohd Fhais, kebarangkalian otak lelaki akan menjadi 3 kali lebih bijak jika melayan isteri bercakap, berbanding berborak dengan kawan lelaki.

suami jadi 3 kali lebih bijak kalau suka layan isteri bercakap

Tahu tak? Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga.

Serius tau, semakin kerap dengar celoteh isteri semakin otak ni jadi bergeliga, selalu idea fresh datang dengan sendiri. Padahal yang dia duk ngomel tu tak ada kaitan langsung dengan kerja pun..

Menurut kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari UUM wanita boleh bercakap sekurangnya 20 ribu patah perkataan sehari. Orang lelaki pula hanya 7 ribu sahaja.

3 kali ganda lebih banyak !

Sebab itu bila kita layan isteri bercakap kebarangkalian otak kita jadi lebih bijak adalah 3 kali ganda lebih tinggi daripada kita duk berborak dengan kawan lelaki.

Bayangkan jika berborak dengan lelaki otak kita hanya akan memproses maklumat sebanyak 7 ribu patah perkataan sahaja. Mungkin kurang dari itu..

Berbanding borak dengan wanita otak kita di paksa untuk proses 20 ribu maklumat sekaligus. Lebih banyak memproses akan menbuatkan otak jadi lebih cepat berfikir.

Sebab inilah kenapa otak wanita 10 kali ganda lebih cepat memproses maklumat daripada otak lelaki kerana mereka dah berlatih bercakap 20 ribu patah perkataan sehari sejak kecil lagi..

Jadi memang tak hairanlah kalau isteri kita dalam kereta bercakap, basuh pinggan bercakap, lipat baju bercakap, malah tengah makan pun dia boleh bercakap. Sebabnya mereka ada quota yang perlu dipenuhi.

Lepas ni kalau nampak isteri berceloteh jangan marah, pasang telinga betul-betul sebab mungkin idea jutaan ringgit boleh datang tiba-tiba..

Kerana setiap patah yang keluar dari mulut isteri itu pembawa rezeki..

.

Maka, selepas ini pasanglah telinga betul-betul apabila berborak dengan si isteri ok?

.

Sumber: Vitdaily / FB Mohd Fhais