Seorang suami tergamak bertindak membakar isterinya pada Jumaat lalu gara-gara tidak mendengar cakapnya.
Kejadian berlaku di Indonesia selepas suspek melarang mangsa supaya tidak bekerja di sebuah kafe, namun mangsa tidak patuh larangan suaminya yang cemburu buta.
Menurut Ketua Polis Tanjung Balai, Ahmad Yusuf Afandi berkata, suspek telah ditahan selepas keluarga mangsa membuat aduan.
Si suami dikatakan bertindak menyiram minyak tanah dan menyalakan api pada tubuh isterinya dengan menggunakan mancis.
Mangsa mengalami melecur di kedua lengan, sebahagian wajah dan bahagian dada. Dua saksi yang berada ditempat kejadian telah membawa mangsa ke hospital untuk mendapat rawatan.
Hasil rawatan dan laporan serta keterangan saksi membawa kepada penahanan suspek yang akhirnya dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Kosmo!