Tak Nak Bayar Cukai Punya Pasal, Suami Isteri Tanam Duit Dalam Tanah

Pasangan suami isteri di Itali mengaku bersalah kerana mengelak daripada membayar cukai selepas wang tunai berjumlah 8 juta euro (RM36.17 juta) ditemui ditanam di tanah persendirian mereka di Franciacorta.

tak nak bayar cukai punya pasal, suami isteri tanam duit dalam tanah

Kedua-dua mereka membuat pengakuan itu menerusi peguam mereka ketika perbicaraan mahkamah diadakan pada Rabu lalu.

Memetik Agensi Berita Itali (ANSA), pasangan itu telah ditahan dan dibawa ke penjara selepas syarikat milik mereka disyaki mengeluarkan invois palsu berjumlah 500 juta euro (RM​​2,265,754,025).

Selain itu, pasangan itu juga ditahan atas kesalahan mengelak membayar cukai sebanyak 93 juta euro (RM421,430,248.65)


Sumber: HMetro