Seorang usahawan kosmetik tanah air, Eriyca Baiduri baru-baru ini berkongsikan gelagat suaminya, Muhammad Azri Che Noh yang terlalu memanjakan bayi lelaki mereka.
Menerusi video di Tiktok, Ericya atau lebih mesra dengan panggilan Madammu, 33, menunjukkan aksi suaminya yang tidak mahu anak mereka mandi dengan air paip semasa berada di kampungnya dekat Besut, Terengganu.
Disebabkan itu, suaminya sanggup membelikan beberapa botol air mineral untuk dijadikan mandian anak mereka itu.
“Ini bukan kerja mummy, ini kerja papa. Kayden balik kampung tak bagi mandi air paip, air mineral dia beli.
“Over kan papa, mummy dulu mandi air telaga saja,” kongsi Madammu menerusi aplikasi Tiktok.
Meskipun beliau terhibur dengan aksi suaminya itu, beliau percaya ia adalah salah satu cara suami menunjukkan kasih sayang kepada anak mereka.
“Korang kecam sikit TP (suami) itu, tapi itulah kasih bapa yang jarang orang nampak,” kata beliau.
Sumber: Tiktok