Astro kini mengembangkan perkhidmatan penstriman dengan membawa aplikasi Viu yang dipenuhi dengan hiburan Asia!
Istimewanya kepada pelanggan Astro, Viu kini boleh diakses di pelbagai skrin, termasuk Ultra Box untuk pelbagai rancangan popular seperti drama Korea Taxi Driver 2 dan Delivery Man, serta rancangan lain termasuk drama Thailand dan Indonesia, siri Viu Original, rancangan variasi Korea dan banyak lagi kandungan-kandungan tempatan yang akan datang.
Lebih menarik, sempena dengan pelancaran Viu di Astro ini, akses percuma Viu Premium diberikan kepada para pelanggan Ultra Box sehingga 8 Jun 2023.
Para pelanggan boleh strim rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, The Secret Romantic Guesthouse, Bilik Tepi (tayangan perdana pada hari ini), Return Man, Mantan Tapi Menikah dan Boys Planet melalui Ultra Box mereka atau on-the-go melalui aplikasi mudah alih Viu.
“Sebagai penambahan terbaharu kepada platform Astro baharu kami, Viu akan menambah lagi kedalaman dan keluasan kandungan untuk para pelanggan kami yang kini mempunyai akses kepada lebih 90,000 rancangan menerusi On Demand serta lapan aplikasi premium. Dengan sukan antarabangsa dan tempatan terbaik yang bersiaran secara langsung, kandungan hit Astro Originals, rancangan premium antarabangsa dan serantau serta kandungan signatures Astro kegemaran semua, kami yakin Viu akan mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan untuk rakyat Malaysia dengan drama-drama Korea yang meluas dan siri original,” demikian menurut Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario.
Dengan penambahan Viu ini, Astro kini menawarkan platform penstriman popular termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, BBC Player, TVBAnywhere+ dan beIN SPORTS CONNECT.
Pelanggan Astro boleh mula penstriman Viu dengan membuka Ultra Box, selain pengguna boleh juga klik “Pair Account” dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk log masuk dengan ID mereka atau reka ID asas baharu dan pautkan akaun mereka dengan Ultra Box untuk menikmati Viu di laman sesawangnya dan aplikasi mudah alih. Kini, para pelanggan boleh menikmati Viu dengan semua peranti mereka. Hebat bukan?
Layari www.astro.com.my/viu untuk info lanjut. Para pelanggan yang tidak mempunyai Ultra Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf ke Ultra Box dengan menghubungi Pusat Perkhidmat Pelanggan Astro di 03-9543 3838.