Syafiq Yusof Pertaruhkan Special Force: Anarchy Mulai 14 Januari Ini

Pengarah muda berbakat, Syafiq Yusof kini tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Special Force: Anarchy.

syafiq yusof pertaruhkan special force: anarchy mulai 14 januari ini

Siri Special Force: Anarchy adalah satu siri Original Malaysia yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari 2023.

 

Siri Original tujuh episod ini mengisahkan perjalanan Iman (lakonan Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda yang berani dari sebuah negara fiksyen, Tenggara dalam menyiasat sebuah kes rompakan bank terancang. Siasatan yang dilakukan telah mempertemukannya dengan satu kumpulan jenayah berbahaya dan membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah segalanya.

syafiq yusof pertaruhkan special force: anarchy mulai 14 januari ini

Special Force: Anarchy turut dibintangi oleh penyanyi, komposer dan artis legenda Dato’ M. Nasir sebagai Umar, yang merupakan dalang di sebalik rompakan Bank Tenggara serta ketua kumpulan Anarki.

syafiq yusof pertaruhkan special force: anarchy mulai 14 januari ini

Drama bersiri ini turut membariskan bintang-bintang tersohor seperti Hasnul Rahmat, Alvin Wong, Johan As'ari serta Fify Azmi (pemenang anugerah ‘Pelakon Harapan Wanita Terbaik’ pada Festival Filem Malaysia ke-31), Chacha Maembong, Yusuf Bahrain, Anas Ridzuan, Elizabeth Tan, Dynas Mokhtar, dan Steve Yap.

syafiq yusof pertaruhkan special force: anarchy mulai 14 januari ini

Special Force: Anarchy diarahkan oleh Syafiq Yusof, pemenang anugerah ‘Pengarah Harapan Terbaik’ pada Festival Filem Malaysia 2012 serta anugerah ‘Pengarah Filem Terbaik’ pada 2017 oleh PROFIMA (Pekerja Filem Profesional Malaysia), di bawah terbitan Skop Productions.

Strim Special Force: Anarchy secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari.