Jerman Namakan Stesen Kereta Api Mereka ‘Kuala Schlumpur’ Untuk 3 Hari Je

Bukan foto suntingan, sebaliknya nama Kuala Schlumpur adalah nama rasmi bagi satu stesen kereta api di Jerman.

jerman namakan stesen kereta api mereka ‘kuala schlumpur’ untuk 3 hari je

Nama berkenaan diberikan hanya untuk tiga hari sempena Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 yang kini sedang berlangsung di Mesir.

 

Persidangan yang sedang diadakan di peringkat politik tertinggi mengenai langkah seterusnya ke arah memerangi pemanasan global ini telah diserikan dengan pelbagai nama khas pada stesen-stesn kereta api di Jerman.

jerman namakan stesen kereta api mereka ‘kuala schlumpur’ untuk 3 hari je

Menurut laporan NDR, Hamburger Verkehrsverbund (HVV), iaitu organisasi yang berkaitan dengan pengangkutan awam, telah menukar beberapa nama perhentian bas dan stesen kereta api untuk memasukkan nama negara yang beriklim panas, dalam usaha untuk menarik perhatian kepada kemungkinan akibat perubahan iklim.

 

Antara stesen kereta api yang terlibat adalah stesen Schlump, yang digabungkan dengan nama Kuala Lumpur menjadi Kuala Schlumpur.

jerman namakan stesen kereta api mereka ‘kuala schlumpur’ untuk 3 hari je

Jurucakap HVV berkongsi bahawa peningkatan paras laut, kemarau yang berpanjangan dan panas melampau juga telah memberi kesan kepada negara Jerman.

 

Oleh itu, pertukaran nama stesen, walaupun untuk 3 hari sahaja, adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang "bagaimana kesannya di sini jika kita tidak mengambil tindakan segera".

 

Lain-lain nama adalah seperti Balearenfeld (Bahrenfeld), Seychellingen (Stellingen), Havannerbrook (Hammerbrook), Mallermöhe (Allermöhe), Saharalandstraße (Saarlandstraße), São Pauli (St. Pauli), S Casablankenese (S-Bahn Blankenese), Trabrennbahn) Balearenfeld (Trabrennbahn) Balearenfeld (Trabrennbahn), U Mümmelmannbeach (Mümmelmannsberg) dan Schenefelder La Paz (Schenefelder Platz).

 

Sumber: NDR