Stadium Shah Alam Mula Diroboh Awal Oktober, Kompleks Baru Siap 2026

Stadium Shah Alam akan mula dirobohkan bermula awal Oktober ini selepas ia ditangguhkan dari jadual asal iaitu bermula bulan ini atas sebab-sebab tertentu.

stadium shah alam mula diroboh awal oktober, kompleks baru siap 2026

Menurut Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari berkata, meskipun proses permulaan bermula sedikit lewat daripada jadual asal, namun jangkaan siap masih akan mengikut pada perancangan iaitu tahun 2026.

 

"Kita terpaksa ambil masa, sepatutnya bulan ini untuk mula perobohan tetapi kita hendak bincang supaya dapat harga yang lebih baik dengan syarikat yang akan membina kawasan ini.

"Sekarang ini proses penghantaran permohonan Kebenaran Merancang (KM) sudah dilakukan.

"Perobohan bukan bulan ini (Jun), perobohan memerlukan KM sebab ini adalah struktur besar.. kalau hendak roboh bukan mudah sebab segala proses perlu dilihat. Perobohan dijangka September atau Oktober nanti.

"(Kompleks) tetap akan siap pada tahun 2026 iaitu mula awal 2026 dan (siap) suku ketiga tahun 2026," katanya.

stadium shah alam mula diroboh awal oktober, kompleks baru siap 2026

Terdahulu, peminat sukan khasnya penyokong kelab Selangor FC teruja dengan perancangan untuk membangunkan semula kawasan Stadium Shah Alam dan kompleks di sekitarnya yang selama ini menjadi gelanggang keramat pasukan Selangor berdepan dengan mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia.

 

Stadium baharu yang bakal dibina itu juga dikatakan mungkin mengatasi kehebatan gelanggang kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL), iaitu Stadium Anfield.

 

Sumber: Astro AWANI

Foto: Selangorkini