Stadium Shah Alam Akhirnya Dapat ‘Green Light’ Untuk Dirobohkan, Selangor FC Bakal Ada ‘Rumah Sendiri’

Proses merobohkan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.

stadium shah alam mula diroboh awal oktober, kompleks baru siap 2026

Ini kerana Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kelulusan dan kebenaran untuk projek pembangunan KSSA pada Jumaat lalu (22/12), dan perkara itu disahkan sendiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

 

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam (Jumaat),” katanya menjawab kepada pertanyaan pengikut di media sosial X.

stadium shah alam mula diroboh awal oktober, kompleks baru siap 2026

“Impian penyokong Selangor FC untuk memiliki 'rumah sendiri' semakin hampir apabila proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam bakal bermula tidak lama lagi,” tulisnya lagi menerusi X.

stadium shah alam akhirnya dapat ‘green light’ untuk dirobohkan, selangor fc bakal ada ‘rumah sendiri’

Terdahulu, kerajaan Selangor telah menghantar pelan Kebenaran Merancang (KM) bagi projek KSSA pada 15 November lalu dengan proses merobohkan Stadium Shah Alam melibatkan kos sebanyak RM35.5 juta.

 

Projek pembangunan semula KSSA melibatkan kawasan seluas 76.08 hektar dilapor berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang tahun 2026.

 

Sumber: BERNAMA