Soundcircus Festival 2023 Kembali Gegarkan MAEPS, Serdang Julai Ini

SoundCircus terus mara menjadi salah satu tumpuan utama ketika acara tertutup berskala besar di dewan besar MAEPS sejak dari tahun 2017 lagi.

 

Ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan platform khas buat penggiat muzik mempersembahkan karya muzik dan bakat mereka, ia diadakan khas buat pemuzik dan band underground yang tidak berpeluang menunjukkan bakat mereka di pentas yang sama dengan artis arus perdana.

 

Bagi meraikan tahun ke-12 penubuhan Art Of Speed Malaysia (AOSM), bersama-sama jenama motosikal terkenal, Harley-Davidson, sebuah festival muzik terbesar tahunan tanah air ‘SoundCircus Festival 2023’ bakal diadakan pada 29 Julai 2023 ini bertempat di MAEPS, Serdang.

soundcircus festival 2023 kembali gegarkan maeps, serdang julai ini

SoundCircus Festival 2023 merupakan festival muzik yang memberi tumpuan khusus pada genre rock punk dan ska yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kualiti produksi setaraf festival muzik antarabangsa bagi memastkan peminat dapat berhibur dalam suasana yang selamat.

soundcircus festival 2023 kembali gegarkan maeps, serdang julai ini

Selain itu, melalui penajaan langsung dari syarikat yang berpangkalan di luar negara, harga tiket dapat dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti festival serta membuka peluang buat pemuzik tempatan untuk beraksi di luar negara. Dan buat pertama kalinya, jenama motosikal antarabangsa Harley-Davidson turut terbabit dalam penganjuran SoundCircus Festival 2023, di mana mereka turut menganjur acara berkaitan muzik seperti Asia Harley Days di Thailand dan Harley-Davidson ‘Homecoming’ di Amerika Syarikat dengan teraju utama seperti Foo Fighters dan Green Day yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

 

Sebagai ganjaran kepada semua peminat Harley-Davidson di seluruh negara, pas dan tiket percuma boleh didapati di pengedar-pengedar Harley-Davidson di Malaysia.

 

Barisan pemuzik dan band yang bakal beraksi adalah seperti Superman Is Dead (Bali), No Good, Plague Of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Syndicate.

soundcircus festival 2023 kembali gegarkan maeps, serdang julai ini

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan festival SoundCircus Festival 2023, tiket-tiket dijual pada harga RM120 (Festival Ticket), RM135 (All-Access), RM360/4 pax (Group Buy), RM35 (Exhibition Ticket) dan RM60 (Fastlane) di laman web www.artofspeedmy.com.