Sos 'Pink' Yang Dicipta Chef AS, Kini Semakin Viral Di TikTok! Apa Rasanya?

Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai sos berwarna merah jambu atau ‘Pink Sauce’ yang tular kerana warna dan isinya.

sos 'pink' yang dicipta chef as, kini semakin viral di tiktok! apa rasanya?

Sos itu dicetuskan oleh seorang TikTok terkenal yang juga chef peribadi, Chef Pii dan mula diperkenalkan sejak Jun lalu.

Menurut Chef Pii, sosnya adalah semulajadi dan mengandungi bahan-bahan seperti minyak biji bunga matahari, buah naga, cili, madu dan bawang putih.

Seorang tukang rasa dalam salah satu video yang dimuat naik Chef Pii menerangkan rasa sos itu sebagai manis dan mempunyai rasa yang sangat sedap.

@chef.pii

 

♬ original sound - PINK SAUCE QUEEN 👑💖🤤

Memetik laporan Dexerto, sos itu dijual pada harga AS$20, iaitu RM89 sebotol.

Hashtag ‘Pink Sauce’ di TikTok kini mempunyai lebih dari 14 juta tontonan yang mana rata-ratanya ramai memuji rasanya yang lazat.

“Ia adalah campuran manis, pedas, dan masam, tetapi pada hakikatnya, ia mempunyai rasa tersendiri,” kata Chef Pii.

 

Sumber: [1]